Kelas Microsot Word & E-Learning
19 Mei 2016 | Aktiviti Terkini
Pada 18 Mei 2016, satu sesi Microsoft Word dan E-Learning telah dijalankan untuk pengunjung cilik PI. Sesi kali ini dihadiri oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Para peserta diberikan tugasan untuk menaip sebuah karangan bertajuk ‘Perpustakaan’.
Kelas ini antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para peserta tentang asas penggunaan Microsoft Word dan memberi tunjuk ajar asas-asas menaip. Para peserta kemudiannya diperkenalkan dengan menaip aplikasi atas talian untuk menguji kepantasan menaip mereka iaitu ‘10fastfinger’.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: